Thursday, May 8, 2008

PRU 12 DAN PENDIRIAN POLITIK ABIM

Pilihan Raya Umum Ke 12 telahpun berlalu dengan begitu pantas. Dalam pada itu, pilihan raya kali telah telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri; buat kali pertama sejak 1969, Barisan Nasional telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan 4 buah negeri baru. Selain itu, kemelut pemilihan Menteri Besar di beberapa buah negeri yang mengakibatkan campur tangan istana juga menjadikan episod pilihan raya pada kali ini lebih dramatik dan menarik.

Seperkara yang menarik, pilihan raya umum kali ini juga menyaksikan beberapa status quo dalam senario kepolitikan tempatan telah dicabar. Gelaran pembangkang dan pemerintah juga telah bertukar tangan pada keadaan-keadaan tertentu, menjadikan pilihan raya ini sesuatu yang baik dalam proses pematangan politik rakyat di negara ini. Apa yang ketara, parti-parti politik yang telah menang dan tewas akan terpaksa perlu lebih bekerja keras dalam memenangi hati rakyat untuk pilihan raya akan datang. Memang sudah terbukti di dalam sejarah insani bahawa kita akan lebih jujur, tekun, kreatif, produktif, tahan uji, komited, lebih menghormati dan menghargai, mengakar di bumi dan berbumbungkan langit apabila berada di luar zon selesa. Maka, pastinya isu-isu seperti ketelusan dan akauntabiliti akan lebih termanifestasi dalam tindak-tanduk mereka. Di dalam semua ini, adalah menjadi harapan kita semua agar rakyatlah yang paling banyak mendapat untung dan menikmati sagu daripada ruyung yang dipecahkan, bukan sekadar institusi politik kepartaian. Di samping itu, mudah-mudah parti politik Melayu-Islam akan mula merangka jalan untuk sama-sama duduk berbincang dan bertindak demi kepentingan bersama daripada merangka usaha yang mempertajam perseteruan. Masih banyak isu-isu penting seperti kemiskinan, pendidikan, perpaduan, kesihatan, taraf hidup, Bahasa Melayu dan kedaulatan Islam yang terlebih dahulu memerlukan kesatuan fikiran umat sebelum dapat diselesaikan.

Sila klik disini untuk seterusnya